Sunday, 1 November 2015

Masalah yang dihadapi semasa pra-permulaan perniagaan, permulaan dan pasca permulaan perniagaan

Masalah yang dihadapi semasa pra-permulaan perniagaan, permulaan dan pasca permulaan perniagaan

Pra-permulaan
Fasa ini bermula dengan proses penjanaan idea dan berakhir dengan adanya peluang untuk memulakan perniagaan. Banyak aktiviti dan cabaran yang perlu dibuat dan dihadapi seperti mengenal pasti konsep perniagaan, apa yang akan ditawarkan, modal, lokasi, penulisan rancangan pernigaan, pendaftaran, pengubahsuaian permis, mencari bakal pelanggan, mengenal pasti pembekal dan sebagainya. Fasa ini adalah satu masa yang sangat sibuk jika usahawan menetapkan satu tempoh masa yang pendek sebagai persediaan sehingga mereka membuka pintu perniagaan untuk memulakan operasi.

Permulaan
Fasa ini melibatkan permulaan aktiviti jualan bila mana pintu perniagaan tersebut dibuka sehinggalah ke tahap perniagaan mulai kukul dan kurang terancam. Banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam memposisikan perniagaan berkenaan seperti pengrusan sumber terhad, mendapatkan modal pusingan, menanggani pertamabahan permintaan dan keperluan sumber manusia, pemasaran, operasi dan menghadapi kerenah persaingan perniagaan. Tempoh masa yang diambil mungkin 3-5 tahun untuk melepasi tahap ini.

Pasca permulaan

Fasa ini berakhir apabila perniagaan ditutup atau perniagaan tidak lagi dikawal oleh usahawan yang mengasaskan perniagaan ini. Masa permulaan fasa ini sukar ditentukan kerana usahawan sendiri sahaja yang tahu apabila perniagaannya stabil berasaskan prestasi jualan dan keuntungan yang dapat dijana. Sekiranya prestasi perniagaannya memberangsangkan, terdapat kemungkinan usahawan membuka ruang kepada pelabur luar atau beliau berkembang melalui penubuhan cawangan di dalam atau luar negara, mewujudkan sistem francais sebagai franchisor, menjalankan usahasama atau mengambilalih syarikat kecil ke arah mengukuhkan kedudukan dan mempelbagaikan penawaran. Jika perniagaan ini mengalami kelesuan, ia mungkin akan dijual bagi menyelamatkan usahawan dari terus menghadapi kerugian.

No comments:

Post a Comment