Artical 1 : Proses Pembudayaan Keusahawanan Melalui Dasar Pendidikan
Nasional dan Sistem Pendidikan Negara
Proses Pembudayaan Keusahawanan Melalui
Dasar Pendidikan Nasional dan Sistem Pendidikan
Negara Perlu ditekankan bahawa proses pembudayaan keusawanan merupakan satu
proses jangka panjang dan berterusan bagi menarik minat semua lapisan
masyarakat untuk menceburi bidang perniagaan. Di negara kita proses pembudayaan
keusahawanan telah menjadi satu tumpuan utama dan ianya telah dimulakan dengan
melibatkan golongan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, pelajar di
institusi pengajian tinggi malahan juga masyarakat umum. Memandangkan betapa
pentingnya bidang keusahawanan ini dan juga selaras dengan matlamat kerajaan
yang berhasrat menyusun semula masyarakat perdagangan dan perindustrian
bumiputera, maka kerajaan telah merangka strategi untuk membentuk budaya
usahawan yang lebih berkesan dan berstruktur.
Pembudayaan keusahawan ini dapat
dibahagikan kepada program yang berbentuk secara langsung atau tidak langsung
dan dijalankan oleh pelbagai pihak. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui kurikulum sekolah.
Beberapa sukatan pelajaran berkaitan dengan keusahawanan seperti Prinsip Akaun,
Perdagangan, Pengajian Perniagaan, Kemahiran Hidup, Matapelajaran Vokasional,
Ekonomi Asas, Ekonomi Rumahtangga, dan sebagainya telah dibentuk untuk tujuan
berkenaan. Manakala aktiviti yang berbentuk ko-kurukulum pula,
aktiviti-aktiviti seperti Usahawan Muda, Pengusaha Muda Malaysia, Pengusaha
Muda ESSO, Program Tunas Bestari dan Koperasi telah dijalankan. 16 Di dalam
Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Tinggi Negara yang telah disediakan
oleh Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan berhasrat melihat institusi
pengajian tinggi negara memainkan peranan penting merangsang perubahan negara
ke arah K-ekonomi atau ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam konteks ini,
ekonomi kita haruslah berasaskan kepada inovasi dan bukan lagi berasaskan
pelaburan modal sematmata. Inovasi adalah merupakan salah satu ciri penting
keusahawanan. Hanya dengan pengetahuan dan inovasi Malaysia mampu bersaing dan
berjaya di arena antarabangsa.
Justeru, corak tenaga kerja atau modal insan
yang kita lahirkan perlulah memiliki ciri-ciri ini dan bersedia pula menghadapi
realiti baru ini. Dalam erti kata yang lain, system pendidikan kita perlu lah
mampu dan berupaya menyemai dan mengembangkan nilai-nilai keusahawanan tulin
supaya tenaga kerja kita tidak lagi cenderung untuk kerja makan gaji
semata-mata sebaliknya memilih makan gaji sebagai pilihan terakhir mereka. Para
graduan daripada etnik Cina telah memiliki nilai ini dengan agak teguh. Mereka
tidak suka makan gaji, bukan sahaja kerana ianya memberikan pulangan kewangan
yang relatifnya kecil, tetapi juga mungkin kerana mereka mahu bebas dan tidak
terikat dan dapat melakukan beberapa pekerjaan pada sesuatu masa bagi menambah
pendapatan.
Artical 2 : LATIHAN PELAJAR JADI USAHAWAN

KUALA
PERLIS - Seramai 35 pelajar Institut
Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis menyertai kursus keusahawanan di
Kompleks Rakan Muda Baling yang bermula 20 hingga 22 Oktober lalu.
Pengarah
IKBN Kuala Perlis, Izahar Ibrahim berkata, program selama tiga hari itu
diadakan bagi memberi pendedahan untuk melahirkan usahawan yang berpengetahuan
selain daripada kemahiran yang mereka miliki.
"Sekiranya
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, oleh itu bagi melahirkan
usahawan yang dapat memperkasakan kehebatan diri, mereka perlu diberi
pengetahuan dan bimbingan yang jitu untuk bersaing di luar nanti.
“Saya
sangat berharap peserta kali ini dapat mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh
dalam kursus ini dengan dunia sebenar yang lebih mencabar selepas ini,” katanya
dalam kenyataan di sini.
Dalam
pada itu, pelajar tahap tiga, Mohamad Firdaus Rosli, 20, berkata, dengan
penyertaan dalam kursus seperti ini pastinya IKBN Kuala Perlis dapat melahirkan
usahawan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
"Langkah
sebegini pastinya dapat melahirkan lebih ramai usahawan baru bumiputera dan
memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan belia
“Malah
kami tidak perlu bergantung untuk mencari kerja mahupun makan gaji kerana sudah
dilatih untuk mencipta kerjaya sendiri,” katanya.
Program
selama tiga hari ini mendapat kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri
Perlis. Antara pengisian program ini ialah ceramah, Latihan Dalam Kumpulan dan
lawatan.
No comments:
Post a Comment