Tuesday, 20 October 2015

Artical 1 : Proses Pembudayaan Keusahawanan Melalui Dasar Pendidikan Nasional dan Sistem Pendidikan Negara
Proses Pembudayaan Keusahawanan Melalui Dasar Pendidikan Nasional dan Sistem  Pendidikan Negara Perlu ditekankan bahawa proses pembudayaan keusawanan merupakan satu proses jangka panjang dan berterusan bagi menarik minat semua lapisan masyarakat untuk menceburi bidang perniagaan. Di negara kita proses pembudayaan keusahawanan telah menjadi satu tumpuan utama dan ianya telah dimulakan dengan melibatkan golongan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, pelajar di institusi pengajian tinggi malahan juga masyarakat umum. Memandangkan betapa pentingnya bidang keusahawanan ini dan juga selaras dengan matlamat kerajaan yang berhasrat menyusun semula masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera, maka kerajaan telah merangka strategi untuk membentuk budaya usahawan yang lebih berkesan dan berstruktur.
         Pembudayaan keusahawan ini dapat dibahagikan kepada program yang berbentuk secara langsung atau tidak langsung dan dijalankan oleh pelbagai pihak. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui kurikulum sekolah. Beberapa sukatan pelajaran berkaitan dengan keusahawanan seperti Prinsip Akaun, Perdagangan, Pengajian Perniagaan, Kemahiran Hidup, Matapelajaran Vokasional, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumahtangga, dan sebagainya telah dibentuk untuk tujuan berkenaan. Manakala aktiviti yang berbentuk ko-kurukulum pula, aktiviti-aktiviti seperti Usahawan Muda, Pengusaha Muda Malaysia, Pengusaha Muda ESSO, Program Tunas Bestari dan Koperasi telah dijalankan. 16 Di dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Tinggi Negara yang telah disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan berhasrat melihat institusi pengajian tinggi negara memainkan peranan penting merangsang perubahan negara ke arah K-ekonomi atau ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam konteks ini, ekonomi kita haruslah berasaskan kepada inovasi dan bukan lagi berasaskan pelaburan modal sematmata. Inovasi adalah merupakan salah satu ciri penting keusahawanan. Hanya dengan pengetahuan dan inovasi Malaysia mampu bersaing dan berjaya di arena antarabangsa.  
 Justeru, corak tenaga kerja atau modal insan yang kita lahirkan perlulah memiliki ciri-ciri ini dan bersedia pula menghadapi realiti baru ini. Dalam erti kata yang lain, system pendidikan kita perlu lah mampu dan berupaya menyemai dan mengembangkan nilai-nilai keusahawanan tulin supaya tenaga kerja kita tidak lagi cenderung untuk kerja makan gaji semata-mata sebaliknya memilih makan gaji sebagai pilihan terakhir mereka. Para graduan daripada etnik Cina telah memiliki nilai ini dengan agak teguh. Mereka tidak suka makan gaji, bukan sahaja kerana ianya memberikan pulangan kewangan yang relatifnya kecil, tetapi juga mungkin kerana mereka mahu bebas dan tidak terikat dan dapat melakukan beberapa pekerjaan pada sesuatu masa bagi menambah pendapatan.




 Artical 2 : LATIHAN PELAJAR JADI USAHAWAN
 Latih pelajar jadi usahawan
KUALA PERLIS  - Seramai 35 pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis menyertai kursus keusahawanan di Kompleks Rakan Muda Baling yang bermula 20 hingga 22 Oktober lalu.
Pengarah IKBN Kuala Perlis, Izahar Ibrahim berkata, program selama tiga hari itu diadakan bagi memberi pendedahan untuk melahirkan usahawan yang berpengetahuan selain daripada kemahiran yang mereka miliki.
"Sekiranya tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, oleh itu bagi melahirkan usahawan yang dapat memperkasakan kehebatan diri, mereka perlu diberi pengetahuan dan bimbingan yang jitu untuk bersaing di luar nanti.
“Saya sangat berharap peserta kali ini dapat mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh dalam kursus ini dengan dunia sebenar yang lebih mencabar selepas ini,” katanya dalam kenyataan di sini.
Dalam pada itu, pelajar tahap tiga, Mohamad Firdaus Rosli, 20, berkata, dengan penyertaan dalam kursus seperti ini pastinya IKBN Kuala Perlis dapat melahirkan usahawan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
"Langkah sebegini pastinya dapat melahirkan lebih ramai usahawan baru bumiputera dan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan belia
“Malah kami tidak perlu bergantung untuk mencari kerja mahupun makan gaji kerana sudah dilatih untuk mencipta kerjaya sendiri,” katanya.
Program selama tiga hari ini mendapat kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Antara pengisian program ini ialah ceramah, Latihan Dalam Kumpulan dan lawatan.